Selamat Datang...

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini...







Seni

Seni Tekat warisan budaya masyarakat tebingan sungai Perak. Produk seni tekat dikaitkan dengan majlis ritual dan kegiatan masa harian wanita Melayu Perak. Seni tekat dahulunya seringkali digunakan sebagai pakaian atau peralatan dalam majlis pertunang, perkahwinan, dan menyambut kelahiran bayi. Seni tekat juga dijadikan pakaian kerabat diraja negeri Perak dan perhiasan dalaman istana. Motif tradisi seni tekat ialah flora, fauna, geometri atau keombinasi mana-mana motif tersebut. T
ulisan rumi, khat, dan logo juga kini telah dijadikan motif. Peralatan utama dalam mebghasilkan seni tekat ialah jarum, geligin atau caban, dan pemidang. Namun, seni tekat juga boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin sulam. Bahan-bahan asas seni tekat ialah benang emas, kain baldu, dan empulur (acuan). Terdapat juga seni tekat yang dihasilkan dengan mnggunakan bahan-bahan seperti benang kapas atau fabrik kapas dan fabrik satin. Seni tekat yang dihasilkan dengan menggunakan mesin tidak memerlukan empulur. Kemahiran seni tekat kini kurang diwarisi kerana memerlukan kepakaran, ketelitian, dan kesabaran dalam menghasilkannya. Penghasilan seni tekat juga memerlukan kreativiti pembuatnya untuk mengukuhkan kedudukan seni tekat sebagai warisan negeri Perak sebaris dengan seni warisan Malaysia yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan